Friday, June 20, 2014

Genap 2 Tahun

Assalamualaikum....

Hari ni 20 Jun 2014, genap 2 tahun aku berkhidmat di Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Damansara Damai...cepat kan masa berlalu...2 tahun yg lalu, langsung aku tak pernah dengar dan tahu pasal Damansara Damai ni...puas search dlm google map nak ke sini..rupanya sebelah je dengan tol Sg Buloh ni....kalau nak exit tol Hospital Sg Buloh pun boleh juga.....

first time datang interview sini, aku datang dengan arwah Ezlan...dia tak keje hari tu sbb nak temankan aku interview dan memang aku tak berani nak dtg sorang2...selepas tu bermula la keje baru aku kat kolej ni...setiap hari aku ulang alik dari Tanjung Malim ke Sg Buloh naik komuter pagi2....seawal 6.30 pagi dah naik komuter, sampai sini 7.30 pg......setiap hari jam 5.30 pagi dah bangun...sampai kat rumah pula dah jam 8.00 malam lbh....lebih kurang 5 bulan juga aku ulang-alik mcm tu.....nak kata penat dan letih tu ada juga tp aku enjoy dengan rutin baru aku hari2....sharp je jam 6.oo petang aku akan terus thumb print dan tunggu bas utk ke stesyen komuter Kepong Sentral...tapi kalau aku nak terlewat hari tu, nak kejar komuter, aku akan naik teksi ke komuter Sg Buloh...masalahnya yg aku tak naik teksi ni, tambangnya mahal sgt...bukan guna meter pun...teruk betul...bayangkan nak ke komuter Sg Buloh yang amik masa tak sampai pun 10 minit kadag2 kena byr tambang sampai rm10....rugi je duit aku...baik naik bus..tambang baru rm1 je....\

kadang-kadang aku merungut juga kat arwah tak larat hari2 mcm tu...tp nasib baik Sabtu Ahad cuti..cuma 5 hari je keje...awal2 keje tu ada juga mencari  rumah sewa tapi ada je halangannya...rumah pertama tu aku tak berkenan sebab dah la kecik, tak cukup kelengkapan, mcm tak besrih je...tak gamak kau nak duduk...pastu dah booking bilik, boleh pula sukahati je tuan umah tu tukarkan bilik aku dgn bilik lain yg lbh kecik...aku cancel terus nak masuk umah tu...kali ketiga tu pula, tup-tup pula org yg kata nak keluar tu, tak jd keluar pula...dah kena cari baru pula....fed-up betul...aku nagdu kat arwah, dia suruh besabar dulu...

Tapi selepas arwah tak ada, baru aku terpikir ada hikmahnay kenapa Allah menangguhkan dulu aku berpindah dr Tg Malim ke Damansara Damai. Rupanya Allah nak aku spend time dengan arwah hingga ke akhir hayatnya...memang kalau dia ada dulu tiap hjg minggu kalau dia keje malam atau dia cuti, kami akan berjumpa, sekadar keluar makan, minum atau just window shopping...dia jenis yang tahu apa aku suka dan kami sama2 suka..kdg dia layan je apa aku minta atau ajak ke mana....mmg tak la sunyi sgt hari2 cuti aku....hari-hari terakhir arwah pun kami spend time bersama 2 hari berturut2...hari Sabtu dia mula nak ajak aku balik Ipoh tapi pagi tu dia cakap dia sakit perut, tak jd balik Ipoh...pastu tghri aku masak bubur kacang dan nugget goreng, kami makan sama kat luar...bagusnya ttg dia ni psl masakan aku, camana dia complain pun, tak sedap ke, tak berapa masak ke, dia tetap akan habiskan mkanan yag aku masak tu..petang tu siap bertambah-tambah lagi dia makan bubur kacang..mmg bubur kacang favourite dia..selalu aku masak untuk dia...wpun aku ni tak berapa sgt pandai bab memasak tp aku suka bila tgk dia mkan selera je....hari Ahad dia minta aku masakkan nasi dan lauk...kitorang beli siap2 apa yg nak masak petang Sabtu...dia suka bw aku pi mana2 shopping complex yg baru buka....tu la yg terakhir kami window shopping.....TF Tapah.....

Petang Ahad, lps masak, kami jumpa kat Slim River..makan kat sana..sambil makan, sembang ttg hal kami berdua, tentang arwah mak dia...dia rindukan mak dia....seronok je dia cite psl mak dia, famili mak dia....dan yg plg takkan aku lupa masa dia tegur aku lipatkan tuala dia....sambil tegur tu dia jeling-jeling sambil senyum2....sesungguhnya itulah jelingan yang tak pernah aku tgk sblum ni....sampai skrg aku masih terbayang2 lg....kalau la ms tu aku boleh ambik gambar, mmg aku akan ambik gambar ms dia menjeling tu.....lain sgt....2 hr terakhir bersama dia sgt memberi kesan pada aku.....aku bersyukur kerana Allah beri peluang pada aku untuk gembirakan dia sebelum dia meninggal...aku masak apa yg dia nk makan, jalan2 dgn dia, bergurau dgn dia, bermanja dgn dia.....saoalan terakhir dia pada aku, malam sebelum dia meninggal

"kalau abang mati dulu dari ila, camana?"
Ya Allah..hanya tuhan je yg tahu perasaan aku bila dpt berita dia meninggal...terngiang2 lg soalan dia tu pd aku....memnag ini bukan soalan pertama dia,,,dah berpuluh kali dah kot..dah bertahun dia dok tanya soalan tu pd aku...first time dia tanya mcm tu, aku marah juga..tp dah bayk kali aku anggap semua tu hanya gurauan dia...rupanya gurauan tu menjadi kenyataan......hancur luluh hati aku...:(

last mlm tu dia tanya, aku hanay gelak2 dan kata pada dia, "ila cari la yang baru..hehhehehe"...dia hanya tersenyum mendengar jawapan aku.......

ya....kini semuanya terjadi......





Tuesday, June 10, 2014

Lawatan Kerja ke Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak Cawangan Bukit Merah

Assalamualaikum....

Minggu lepas kitorang ada lawatan kerja ke kampus cawangan di Bukit Merah dari 3hb hingga 6hb Jun yang lalu...kalau ikutkan hati memang malas nak pergi tp dah dapat arahan ni, kena la ikut....memandangkan Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak kampus Bukit Merah ni dalam area Laketown Bukit Merah tu, kitorang dapat hotel kat laketown tu juga....memang dekat la nak ke kolej...sebab kolej ni owner dia anak Tan Sri MK....

sepanjang 4 hari kat sana hanya sempat masuk ronda-ronda kat Laketown tu je...tu pun sebab nak beli sourvenir je...boleh tahan juga la harga tiket nak masuk main kat laketown tu...lain kali je la dtg lg kalau ada rezeki, baru boleh main-main kat laketown tu...


Ni hotel yang kitorang stay...Laketown Hotel...boleh tahan juga room rate nya...selesa juga..sesuai utk famili...




ni Laketown Waterpark...tak masuk pun...tengok orang je masuk...


tasik ni memang tak nampak kalau dari hotel sebab terlindung dengan laketown tu..dah masuk dalam laketown tu baru nampak tasik ni...nak ke tempat Orang Utan tu dari sini la

ni gerai-gerai jual sourvenir kat dalam laketown tu...




tapi macam biasa la kalau tempat-tempat macam ni...makanan mahal, sourvenir pun boleh tahan mahalnya (sesetengah barang la mcm t-shirt dll)....kena simpan duit dulu br boleh datang lg lain kali..maybe databg untuk honeymoon ke kan hihihihi....

p/s: tajuk lawatan kerja ke kampus Bukit Merah, tapi awat contentnya pasal bukit merah laketown pulak hahahhahahaha....layan je la yer...