Wednesday, December 31, 2014

Doa Barang Hilang




Pagi ni nak pergi kerja, mencari jam nak pakai..jam hadiah perkahwinan pula tu...cari punya cari, tak juga jumpa...alamak..mana pula letaknya..punggah handbag pun tak ada juga..selalu letak je dalam handbag atau pun atas almari tu..tp tak ada ni...nak nangis dah...selain cincin nikah, jam tu la yg paling sayang sekali.... sedihnya....





   

Alhamdulillah..dah jumpa lepas baca doa ni...terima kasih Ya Allah...rupanya terselit dalam compartment yang tak check pun td...

Friday, December 19, 2014

SERA - DI BADAI ASMARA



Untuk suamiku.....
andai dikau dapat mendengar lagu ini
fahami lah dikau bahawa aku sangat menyayangi mu
terima kasih di atas saat-saat indah tatkala kita diijab kabulkan
itulah momen terindah dalam hidup ku
terima kasih sayang
maafkan isterimu andai tidak sempurna sebagai seorang isteri
andai terluka dengan tingkahlaku ku
andai terasa hati dengan kata-kata ku
andai kecantikan ku tidak lagi indah pada pandangan matamu
suamiku....
5 bulan melayari bahtera kita
5 bulan bergelar suami dan isteri
5 bulan hati kita bersatu dengan sebuah ikatan yang sah
ketahuilah suami ku
isterimu sangat menghargainya
TERIMA KASIH ABANG.....