Tuesday, April 29, 2014

HIV TEST

Hari ni pi buat HIV test kat Klinik Kesihatan Sungai Buloh. Memandangkan aku dan tunang berjauhan, maka masing-masing buat check up sendiri-sendiri la..nak tunggu buat bersama, alamat tak tahu bila...
Appointment aku jam 2 ptg....keluar dari ofis awal bukan main..tapi memandangkan setahun sekali menjejakkan kaki ke klinik kerajaan ni, aku ingat kalau dah ada appointment ni, tak payahlah beratur panjang menunggu giliran...rupa-rupanya kena juga...

Sampai kaunter isi borang, amik no giliran sharp jam 2 ptg....tp nak menunggu giliran tu punyalah lama
sebab dah ramai orang masa aku masuk kat situ.... aduhai....boleh tetido macam ni gayanya...masa menunggu tu, ada la nampak beberapa couple yang tengah tunggu nak buat test juga...terpikir juga kita sorang-sorang je..orang lain dtg dengan tunang masing-masing...takpe lah..nak buat cemana...dah jauh kan?....


Macam-macam gelagat orang kat situ....aku dah megantuk semua ada ni.....tadi tak lunch pun sebab ingatkan sekejap je...huhuhu...rupa-rupanya sejam setengah baru sampai my turn...tu baru panggil untuk dapatkan nombor giliran kedua pula...menunggu pula kat depan bilik amik darah tu....


nak tunggu 5 orang pun macam tunggu 10 orang...rupanya masuk kat dalam tu ada sesi sembang-sembang pula...tp sampai turn aku, nurse tu cepat je buat sebab aku bagitau aku tengah keje...keluar sekejap untuk buat test ni jer....so lepas dia terangkan sket2 pasl HIV, camana jangkitan HIV tu dan sebagainya, terus dia amik darah aku...rupa-rupanya kit untuk ujian HIV tu sama macam pregnancy tesy kit...result pun on that time juga dapat tahu....macam tu hihihihi...aku ingatkan macam amik darah kalau kita kena demam denggi tu....

nurse tu terang la...kalau 1 garis maknanya negatif...kalau dua garis maknanya positif....cuma bezanya kalau pregnant, dua garis positif maknanya ko mengandung ler....tp kalau kit HIV ni, kalau dua garis positif maknanya ko ada HIV....takutnya....masa dengar tu, wpun kita yakin seyakin nya kita tak penha buat perkara yang membolehka kita di jangkiti HIV, tapi tetap ada perasaan risau...ye lah mana tahu kan.....unsur-unsur luar yang kita tak sedar....dalam 5 minit gak menunggu untuk dapat final result.....
Alhamdulillah...satu bab dah selesai....result negatif.......

Selesai je semuanya, pi jumpa Doktor untuk sahkan result tu, terus balik opis....sambung keje pula...risau belum prepare file untuk ke UPSI esok...rupanya cancel meeting dengan UPSI...lega....hihihihi....

tu je la untuk hari ni....lapar, ngantuk, macam nak demam je rasanya ni....kadang stress sebab skrg ni asyik aku sorang je kat department ni...yg lg dua tu dah mcm chipsmore..kejap ada kejpa takde....stress i......
dah tu semua keje letak kat kepala jemala hamba.....mentang-mentang la i bujang lagi...takpe..lepas ni i tak kasi chance dah untuk uolls yer.....turn uolls pula buat keje yer......

Monday, April 28, 2014

Kejora - Dalila 1989




Ni lagu DALILA yang kita maksudkan tu....
layan je la yer.....

Ceritera Cinta: Lagu DALILA....

Ceritera Cinta: Lagu DALILA....: Assalamualaikum... Tetiba pagi ni rasa teruja pula...tengah-tengah layan lagu rock zaman 80-an, 90-an dulu, ternampak la satu lagu yan...

Lagu DALILA....

Assalamualaikum...


Tetiba pagi ni rasa teruja pula...tengah-tengah layan lagu rock zaman 80-an, 90-an dulu, ternampak la satu lagu yang nama lagunya DALILA....aikk...macam nama kita je hehhehee....rasa excited plak nak dengar lagunya...actually nama kumpulan ni KEJORA...memang tak pernah dengar pun pasl kumpulan ni....dah excited tu kan, cuba la pasang lagu ni....boleh tahan la...cuma yang bestnya sebab ada sebut nama kita tu...hehehhehehe....lagu ni tahun 1989 rasanya...maknanya masa tu umur kita 9 tahun..

ni kita sertakan lirik lagu ni ekk...tersenyum sorang-sorang dengar lagu ni...tak sangka pula ada lagu mcm ni...video klip tu nanti kita cuba letak kat sini...layannnnnnnnnnnnnnnnn...

DALILA by KEJORA

senyum dan tawaku adalah milik mu
kedukaan ku hadir kerana mu
sering ku terbayang sebelum lena ku
seraut wajahmu yang ayu
sering ku terbawa ke malam mimpiku
indahnya detik pertemuan

bisikan rindu hanyalah untuk mu
kesetiaanku usah kau ragui
inginku pimpin mu ke puncak bahagia
membina istana impian
relaku serahkan seluruh cintaku
hanya untuk mu impianku

Dalila..Dalila...engkaulah pujaanku
Dalila..Dalila..engkaulah impianku
Dalila...Dalila..engkaulah ratu hatiku
Dalila..Dalila..engkaulah lambang cintaku






p/s: untuk tunang kita, dengar tau lagu ni....special tu....

Thursday, April 24, 2014

Ceritera Cinta: Harapan...

Ceritera Cinta: Harapan...: kemarin yang menghilang semalam yang mendatang hari ini yang menjelma menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita

Harapan...


kemarin yang menghilang
semalam yang mendatang
hari ini yang menjelma
menjadi kenangan
yang terindah
dalam hidup kita

Menyusuri Kenangan Terindah - 2007- 2012

Assalamualaikum....

Pejam celik pejam celik lagi 3 bulan aku akan menamatkan zaman bujang..dalam erti kata lain akan menjadi seorang isteri...bermakna juga status pun dah bertukar kan?...kalau skrg kat tempat kerja aku, ada student yang panggil cik..ada yang panggil puan...tp aku tak kisah pun...mungkin berkat panggilan student-student tu la aku dah nak bergelar Puan nanti....kalau nak di ikutkan pun, memang dah patut bergelar Puan dah lama dah pun...tapi semua tu kerja Allah...kita sebagai hamba Nya hanya boleh merancang, Dia yang tentukan....Terima kasih Ya Allah atas semua pemberian ini....akhirnya penantian aku berakhir untuk menjadi seorang isteri dan tak sabar untuk menjadi seorang ibu...Insya Allah....

Kadang-kadang tidak semua yang kita inginkan, kita akan dapat...seperti aku juga...percintaan selama 5 tahun akhirnya berakhir dengan KEMATIAN...satu perkataan yang tak pernah difikirkan akan terjadi pd aku dan dia....perpisahan yang sgt tragik...yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila....Si dia kembali kepada penciptanya seperti yang telah dijanjikan di Luth Mahfudz....kalau menangis air mata darah sekalipun, dia takkan kembali lagi ke dunia ini....walau amat pedih untuk menerima hakikat ini di awal2 kematiannya, namun kini aku redha kerana semua itu adalah takdir...takdir yang telah termeterai antara dia dan penciptaNya....aku pernah mendengar ada orang berkata, di usia kita 3 bulan di dalam rahim ibu kita, kita telah membuat perjanjian dengan Allah..berapa lama kita akan hidup di dunia ini....segala-galanya telah di janji semasa kita di dalam rahim ibu kita lagi....

Kenangan dengan arwah terlalu banyak sepanjang 5 tahun kami bersama....kami berkenalan semasa aku bekerja di Tanjung Malim..dan dia pergi meninggalkan aku juga semasa aku di Tanjung Malim...dia bekerja di Hospital Slim River....kalau sapa-sapa yabg pernah datang Tanjung Malim atau Slim River, tahu lah yer....Tanjung Malim dengan Slim River hanya sebelah menyebelah sahaja....dr Tg Malim nak ke Slim River hnaya 22km sahaja....tak jauh sgt...jd kami berdua akan ulang alik...kdg dia dtg Tg Malim...kdg aku pergi Slim River....setiap hjg minggu kami akan berjumpa...kadang sekadar pergi makan, pastu jalan2 sekitar area berdekatan...kdg lajak ke Bidor, ke Tapah untuk mencari makanan....kalau ke Bidor arwah suka makan Mee Kari tepi jalan tu...setiap kali aku drive utk balik ke Kedah, aku akan melalui semua jalan-jalan kenangan kami....bukan sengaja untuk aku melalui jalan-jalan itu, tp memang itulah laluan untuk aku ke Tapah sebelum lalu highway ke Ipoh.....semuanya di ajar oleh arwah....dia terlalu menjaga aku....terlalu caring pasal aku....apa yang terbaik untuk dia, juga yang terbaik untuk aku.....setiap selok belok jalan, dia akan ajar dan pastikan aku ikut semuanya..mana laluan yang aku boleh lalu, mana laluan yang aku kena elakkan....sekiranya dari Tg Malim, dia akan suruh aku ambil jalan lama melalui Slim River trus ke Sungkai, Trolak, lalu Bidor dan terus ke Tapah sebelum exit melalui tol Tapah ke Ipoh....kata dia, jalan dari Tapah ke Ipoh melalui jalan lama bahaya kerana banyak lori2 dan jalan nya yang sempit...apatah lagi untuk aku yang perempuan ni drive sorang diri...tapi kalau kitorang balik Ipoh, dia mesti akan lalu jalan lama melalui Kampar, Gopeng, Simpang Pulai.....dia orang Ipoh..so tentulah dia expert jalan mana yang ok dan tak ok...lagi satu dia jenis yang tak suka lalu highway melainkan kalau urusan kerja je....thats why la aku tahu semua jalan2 tu....

Aku rindu dia......:(


Ni je sekeping gambar dia yang masih ada dalam simpanan aku...kalau tak salah gambar ni di ambil tahun 2010...masa ni kat Teluk Batik, Lumut....
Masa ni kitorang tengah ada konflik sket....maybe tu cara dia nak mengambil hati aku dengan memakai kemeja yang aku hadiahkan sempena birthday dia yang ke berapa ntah...aku pun tak ingat..maybe birthday dia yang ke 30 kot....tp aku langsung tak perasan semua tu...teruknya aku masa tu....dia masih boleh tersenyum, melayan aku dengan baik walaupun masa tu aku sdr sedar yang aku banyak buat perangai....betapa bodohnya aku kerana mengikut perasaan...
 Semadilah dengan tenang di alam sana...Ila akan sentiasa mendoakan abang selagi masih bernafas di dunia ini...

Ezlan bin Edham
17.01.1979 - 15.10.2012


salam sayang,
delaila yusoff


ANDAI KU MILIKI SEMALAM = SEARCH

Antara lagu favourite arwah yang aku sendiri tak pernah dengar....banyak juga lagu-lagu yang aku belajar dr dia...

Thursday, April 17, 2014

Farewell Party...

hari ni kat office buat jamuan untuk one of our lecturer yang dapat offer kat UPSI dan sambung Ph.D..Insya Allah akan further study kat UK dengan suami dan baby...bestnyer.....tak semua orang dpt peluang tu kan...kalau la sy yg dpt memang takkan lepaskan peluang tu...dapat study overseas pastu dapat melancong lagi....mcm2 ada..hihihi....

buat potluck kat pantry...macam2 makanan ada...tapi aku cuma belikan bekas makanan je...hihihi...nak memasak pun takde benda nak masak...umah bujang bukan ada apa pun,,takat periuk bujang je...lagipun kalau aku tak beli pinggan dan mangkuk tu, depa nak makan dlm apa pula kan...kira ok la kan.... hihihihi....

ada apa tadi yer....laksa, nasi dagang boss yang masakkan, kek home made ada, kek order kat kedai pun ada, puding sagu..mcm2 lg la...akhirnya masuk jam 4-5 ptg, mata aku dah layu nak pejam je....ngantukkk siot...mcm2 makanan dlm perot ni...hihihihi.....


-delaila yusoff-

Wednesday, April 16, 2014

Lagi 3 bulan....

Alamak...lagi 3 bulan nak langsung ni tapi persediaan langsung kosong...satu benda pun tak mula lagi ni...camana ni? tak tahu nak mula mana satu...baju untuk nikah pun belum decide nak pilih mana lagi....hmmmm teruk betul aku ni...{#smileys123.tonqueout}

Majlis Ikatan Pertunangan

Akhirnya......5.4.2014...tarikh yang dah lama dok tunggu....malu, gementer, gembira....hehheheheh....dah jadi tunangan orang rupanya.....mcm tak percaya je hihihi.....
Selamat bertunang...encik tunang....
Dalilah dan Fuad HatiHatiHati

Ceritera Cinta Ku

Blog ini adalah tanda permulaan sebuah kehidupan baru yang akan bermula. Segalanya akan di kisahkan di dalam blog ini sebagai tanda kenangan ku sebelum dan selepas menjadi suri hati si dia dan selamanya...


Salam sayang,
Delaila Yusoff