Thursday, April 24, 2014

Menyusuri Kenangan Terindah - 2007- 2012

Assalamualaikum....

Pejam celik pejam celik lagi 3 bulan aku akan menamatkan zaman bujang..dalam erti kata lain akan menjadi seorang isteri...bermakna juga status pun dah bertukar kan?...kalau skrg kat tempat kerja aku, ada student yang panggil cik..ada yang panggil puan...tp aku tak kisah pun...mungkin berkat panggilan student-student tu la aku dah nak bergelar Puan nanti....kalau nak di ikutkan pun, memang dah patut bergelar Puan dah lama dah pun...tapi semua tu kerja Allah...kita sebagai hamba Nya hanya boleh merancang, Dia yang tentukan....Terima kasih Ya Allah atas semua pemberian ini....akhirnya penantian aku berakhir untuk menjadi seorang isteri dan tak sabar untuk menjadi seorang ibu...Insya Allah....

Kadang-kadang tidak semua yang kita inginkan, kita akan dapat...seperti aku juga...percintaan selama 5 tahun akhirnya berakhir dengan KEMATIAN...satu perkataan yang tak pernah difikirkan akan terjadi pd aku dan dia....perpisahan yang sgt tragik...yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila....Si dia kembali kepada penciptanya seperti yang telah dijanjikan di Luth Mahfudz....kalau menangis air mata darah sekalipun, dia takkan kembali lagi ke dunia ini....walau amat pedih untuk menerima hakikat ini di awal2 kematiannya, namun kini aku redha kerana semua itu adalah takdir...takdir yang telah termeterai antara dia dan penciptaNya....aku pernah mendengar ada orang berkata, di usia kita 3 bulan di dalam rahim ibu kita, kita telah membuat perjanjian dengan Allah..berapa lama kita akan hidup di dunia ini....segala-galanya telah di janji semasa kita di dalam rahim ibu kita lagi....

Kenangan dengan arwah terlalu banyak sepanjang 5 tahun kami bersama....kami berkenalan semasa aku bekerja di Tanjung Malim..dan dia pergi meninggalkan aku juga semasa aku di Tanjung Malim...dia bekerja di Hospital Slim River....kalau sapa-sapa yabg pernah datang Tanjung Malim atau Slim River, tahu lah yer....Tanjung Malim dengan Slim River hanya sebelah menyebelah sahaja....dr Tg Malim nak ke Slim River hnaya 22km sahaja....tak jauh sgt...jd kami berdua akan ulang alik...kdg dia dtg Tg Malim...kdg aku pergi Slim River....setiap hjg minggu kami akan berjumpa...kadang sekadar pergi makan, pastu jalan2 sekitar area berdekatan...kdg lajak ke Bidor, ke Tapah untuk mencari makanan....kalau ke Bidor arwah suka makan Mee Kari tepi jalan tu...setiap kali aku drive utk balik ke Kedah, aku akan melalui semua jalan-jalan kenangan kami....bukan sengaja untuk aku melalui jalan-jalan itu, tp memang itulah laluan untuk aku ke Tapah sebelum lalu highway ke Ipoh.....semuanya di ajar oleh arwah....dia terlalu menjaga aku....terlalu caring pasal aku....apa yang terbaik untuk dia, juga yang terbaik untuk aku.....setiap selok belok jalan, dia akan ajar dan pastikan aku ikut semuanya..mana laluan yang aku boleh lalu, mana laluan yang aku kena elakkan....sekiranya dari Tg Malim, dia akan suruh aku ambil jalan lama melalui Slim River trus ke Sungkai, Trolak, lalu Bidor dan terus ke Tapah sebelum exit melalui tol Tapah ke Ipoh....kata dia, jalan dari Tapah ke Ipoh melalui jalan lama bahaya kerana banyak lori2 dan jalan nya yang sempit...apatah lagi untuk aku yang perempuan ni drive sorang diri...tapi kalau kitorang balik Ipoh, dia mesti akan lalu jalan lama melalui Kampar, Gopeng, Simpang Pulai.....dia orang Ipoh..so tentulah dia expert jalan mana yang ok dan tak ok...lagi satu dia jenis yang tak suka lalu highway melainkan kalau urusan kerja je....thats why la aku tahu semua jalan2 tu....

Aku rindu dia......:(


Ni je sekeping gambar dia yang masih ada dalam simpanan aku...kalau tak salah gambar ni di ambil tahun 2010...masa ni kat Teluk Batik, Lumut....
Masa ni kitorang tengah ada konflik sket....maybe tu cara dia nak mengambil hati aku dengan memakai kemeja yang aku hadiahkan sempena birthday dia yang ke berapa ntah...aku pun tak ingat..maybe birthday dia yang ke 30 kot....tp aku langsung tak perasan semua tu...teruknya aku masa tu....dia masih boleh tersenyum, melayan aku dengan baik walaupun masa tu aku sdr sedar yang aku banyak buat perangai....betapa bodohnya aku kerana mengikut perasaan...
 Semadilah dengan tenang di alam sana...Ila akan sentiasa mendoakan abang selagi masih bernafas di dunia ini...

Ezlan bin Edham
17.01.1979 - 15.10.2012


salam sayang,
delaila yusoff


ANDAI KU MILIKI SEMALAM = SEARCH

Antara lagu favourite arwah yang aku sendiri tak pernah dengar....banyak juga lagu-lagu yang aku belajar dr dia...

No comments:

Post a Comment