Wednesday, May 28, 2014

Lesen Memandu Baru

Semalam pi renew lesen memandu yang dah expired beberapa hari dah kat Pejabat Pos...nasib baik tak ada road block..kalau tak, memang habis la....tak dak alasan nak bagi kat abang polis trafik tu...Last renew lesen memandu pada bulan 9/2012...masa tu dah start gunakan tarikh lahir sebagai tarikh perbaharui lesen memandu kat Malaysia ni....disebabkan tarikh tu tak cukup setahun dengan tarikh lahir aku, so kerani kat Pejabat Pos tu lanjutkan jadi setahun setengah sampai tarikh lahir aku pada bulan Mei 2014...lama tu nak renew semula....

Masa nak renew semalam, kerani tu kata kena renew untuk 2 tahun sebab dah lewat dr tarikh lahir walaupun beberapa hari je....ingatkan boleh renew cam biasa je..rupanya bila menggunakan tarikh lahir sebagai tarikh lesen kita, tak boleh renew lepas dr tarikh lahir kita...kena renew sebelum atau pada tarikh lahir tu, kalau tak, ko kena renew sampai 2 tahun macam aku semalam walaupun ko lambat sehari pun.....kena bayar RM62 utk lesen kereta dan lesen motor...tahun 2016 ni kena inagat betul2 la..kena renew awal2....

Lesen memandu baru...cantik kan..

Ni lesen memandu lama yang asal...tahun 2008 tu lpas dapat lesen kereta...bangga sebab sekali test je terus lulus walaupun tak penah pegang stereng kereta pun sebelum tu....

Lesen memandu yang  baru ni nampak cantik la...macam MyKad pula....plg bagus caj tak naik tetap juga sama macam dulu wpun dah upgrade kad tu...First time dapat mcm jakun je ye hehehhehehe....




No comments:

Post a Comment